Lesen Memandu Kelas DA 

Lesen Automatik

Di Akademi Kemahiran Memandu Kudat, kami bukan sahaja menawarkan lesen memandu untuk kereta Manual, tetapi sudah tentu juga bagi kereta Automatik. 

Mengapa?

Lesen DA (Automatik) membolehkan pemanduan kereta automatik sahaja tanpa menggunakan klac. Lesen ini lebih mudah dipelajari dan proses pembelajaran yang lebih ringkas. Walau bagaimanapun, pemegang lesen DA tidak dibenarkan memandu kenderaan Manual.

Proses Mendapatkan Lesen Memandu Kelas DA

  • Menghadiri kursus teori pemanduan selamat KPP 01 selama 6 jam.
  • Menduduki dan lulus Ujian bahagian I (undang-undang jalan raya dan pemanduan berhemah)
  • Pengeluaran lesen belajar memandu (LDL).
  • Menjalani latihan praktikal di litar (KPP 02) selama 5 1/2 jam.
  • Menajalani latihan praktikal di jalan raya (KPP 03) selama 10 jam.
  • Menjalani penilaian Pra ujian selama 30 minit.
  • Menjalani ujian bahagian II dan III ujian praktikal JPJ.
  • Pengeluaran lesen memandu percubaan (PDL).
  • Pertukaran daripada lesen memandu percubaan kepada lesen memandu kompeten (CDL)

YURAN

Terma dan Syarat untuk Harga Baharu:
Harga bagi kelas D, DA, B, dan B2 tidak termasuk kos Lesen Memandu Percubaan (PDL).

SYARAT KELAYAKAN

  1. Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas.
  2. Sihat Fizikal dan Mental
  3. Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
  4. Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  1. Kad Pengenalan (salinan fotostat).
  2. Gambar berukuran pasport dengan latar belakang putih.

** Sila pastikan cip IC berfungsi dengan baik

2025  | www.akmkudat.com