Akademi
Dapatkan maklumat lanjut tentang sejarah kami, tenaga profesional, dan perkhidmatan menyeluruh yang tersedia.
Akademi Kemahiran Memandu Kudat (AKM Kudat),
Akademi Kemahiran Memandu Kudat (AKM Kudat), yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Memandu Kudat, telah melalui penjenamaan semula selaras dengan saranan Kerajaan Malaysia agar sekolah memandu dinaik taraf sebagai institut memandu yang lengkap dengan litar latihan sendiri serta sistem latihan yang lebih tersusun dan profesional. Ditubuhkan pada tahun 2011, AKM Kudat beroperasi dengan matlamat melahirkan pemandu yang berkemahiran, berdisiplin dan beretika di jalan raya.
Hasil penaiktarafan fasiliti dan sistem latihan yang berterusan, AKM Kudat kini muncul sebagai satu-satunya institut memandu berkonsep profesional di utara Sabah. Institut ini dilengkapi dengan litar latihan sendiri, tenaga pengajar berpengalaman serta sistem latihan yang mematuhi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan telah menerima penarafan 3 Bintang daripada JPJ Negeri Sabah sebagai pengiktirafan terhadap kualiti, keselamatan dan profesionalisme.
Sepanjang lebih sedekad beroperasi, AKM Kudat telah melatih lebih daripada 9,000 orang pemandu dan mengekalkan purata sekitar 23 orang pelatih aktif pada satu-satu masa. Berteraskan prinsip bahawa pemanduan bukan sekadar kemahiran tetapi satu tanggungjawab, AKM Kudat komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa dan profesional bagi melahirkan pemandu yang yakin, berhemah dan selamat, serta memastikan pelajar lulus dengan kefahaman sebenar dan praktikal.
Prinsip Kami
“Melahirkan Pemandu yang berkualiti dari segi ilmu pemanduan dan kemahiran yang tinggi serta menjadi penyumbang kepada kerjaaan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.”
“Menjadi satu pusat memandu yang menyediakan satu tempat belajar memandu yang sistematik terdiri daripada pengajar-pengajar yang berpengetahuan tinggi dan khidmat kaunter yang mesra.”
Objektif AKM
Mengapa AKMKudat?
Litar Latihan Kami
Lokasi Akademi
© 2026 Akademi Kemahiran Memandu Kudat (AKM Kudat). Hak cipta terpelihara.